Sunday, October 14, 2012

Help us, we will be KILLED!!!

Help us, we will be KILLED!!!
Help us, we will be KILLED!!!aku termenung sejenak melihat ayat itu. Ade perasaan sebak di dada. Terngiang2 perkatan tu dpn mataku. Hatiku makin ditampar apabila sepanduk yg tertera “ DEAR HUMANITY WE LOST 300+ INNOCENT SYRIANS YESTERDAY THANKS FOR CARING" Satu lg sepanduk tertera “WORLD DON’ T YOU CARE “gambar yg ditunjukkan dlm sebuah buku pd m/s 162. Adakah revolusi Syria petanda akhir zaman??

Pada ketika dulu Syria kemudiannya kembali dibawah pemerintahan Turki Utmaniah sehingga di jajah oleh Perancis. Jajahan Perancis di Syria menjadi titik permulaaan masyarakat tersebut ditindas dan dizalimi. Ketika dulu Lubnan ketika masa adalah sebahagian dari Syria akan tetapi Perancis Berjaya memecahkan dua kerajaan tersebut. Akhirnya Perancis berundur dari Syria selepas Perang Dunia Kedua.selepas memperoleh kemerdekaan Syria merupakan Negara yang dikenali sebuah Negara yang sering berlaku rampasan kuasa. Terlalu panjang lebar plak nk diceritakan sejarah Syria ni.

Syria Era Pemerintahan BasHar al Assad 
Syria Era Pemerintahan BasHar al Assad (like father like son). Dia ni merupakan anak Hafeez Al Assad yang menggantikan tampuk pemerintahan ayahnya. Kematian Hafeez pada tahun 2000 akibat luekimia dan digantikan Bashar. Kira yang wujud sekarang nil ah. Zaman kita ni. Pun sama je. Bashar meneruskan corak pemerintahan ayahnya. Rejim Bashar yang kita kenali skrg telah mencuri harta- rakyat, dan menggunakannya dgn cara haram, membunuh para ulama, memenjarakan rakyat, melakukan pembunuhan beramai- ramai dan menindas rakyat bawahan. Golongan sunni gak di anaktirikan dr sudut ekonomi, politik dan pendidikan. Dikatakan juga ada seorang rakyat Syria menceritakan setiap ahli keluarga mereka terdapat syabih (tali barut kerajaan) yg akn menyalurkan maklumat berkaitan keluarga sendiri pd kerajaan jika dilihat mampu memberi ancaman pada kerajaan Bashar.

Syria Era Pemerintahan Hafeez al Assad
Syria Era Pemerintahan Hafeez al Assad. Kembali pula kita pada sejarah pemerintahan kuku besi apabila komplot rampasan Kuasa yang ke- 7 di bawah pimpinan Shalah Gadid yang menggulingkan pemerintahan Takzim al- Qudsi. Negara Syria byk mengalami konflik ketika itu Hafiz al- Assad sbg Ketua Tentera Syria. Hafiz al- Assad mengadakan komplot bg mencetuskan revolusi Syria dan mengisytiharkan dirinya sebagai Presiden Syria yang baru pada tahun 1971. Hafeez bertindak merampas Majlis Tertinggi Hakim, menguasai media massa, pasukan keselamatan dan kekuasaan utk melantik Perdana Menteri dan memilih ahli parlimen mengikut sesuka hati. Dia jugak melantik beberapa org saudaranya menjawat jawatan terpenting dlm kerajaan. Selama 30 tahun Hafeez bersama keluarganya memerintah Syria byk berlakunya pertumpahan darah. Berpuluh2 ribu rakyak mati hasil dari pemerintahan Hafeez nie. Masih menjadi tnda tanya apakah mazhab dan agama sebenar yang dianuti oleh hafeez dan keluarganya ? Siapakah puak Nusairiyah?

Malangnya Hafeez bermatia-matian bersumpah bahawa dia adalah Sunni tp rakyat tak sedar taqiah (pura-pura) yg digunakan oleh Hafeez. Actually puak Nusairiyah merupakan pecahan kepada fahaman Syiah yg muncul pd abad ketiga hijrah. Nak cite pjg asal usul Nusairiyah ni mmg pjg cukuplah sekadar pemahaman kite bahawa puak minoriti Nusairiyah nilah yg menguasai Syria sedangkan majoriti di Syria rakyat adalah merupakan Sunni. Byk membuktikan yang Hafeez ni adalah puak Syiah dan byk majalah serta wartawan membuktikan kezaliman dan siapa sebenarnya Hafeez? Kepada Allah kita berserah. Secara tidak langsungnya kita sudah pasti kerajaan kuku besi ni jugak memerangi Ikhwan Muslimin krn kumpulan ini yg menolak corak pemerintahan keluarga Asad. Bukan sekadar Ikhwan Muslimin menentang pimpinan Asad bahkan rakyat Syria juga.

Ada majalah mengatakan juga Hafeez ni bekerjasama dgn komunis Syria dan byk komplot yg terdapat bersama sekutu dia. Kalau nk didedahkn kezaliman pemerintahan ni, mmg byk.. contoh dalam majalah keluaran 54 bertarikh 30 Okt 1980 seperti mengelapkan wang luar Syria dan menyimpan di bank Yahudi, mencabul kemuliaan masjid, mengoyak dan memijak Al Quran, memecahbelahkan pnduduk Syria dgn beberapa kelompok, menangkap dan membunuh jemaah masjid dan lain2 lg mmg tak terkira. Boleh katakana jugak lah mereka ni tali barut Israel krn ada bukti mengatakan bagaiman Bukit Golan diserahkan pd Israel tnpa wujud sbrg kesulitan dan byk lg la kecurigaan dan syak wasangka sesetengah pihak ttg Asad ni tp kononya ada jugak rmai owg mengatakan dia ni menentang Israel.
Siri pembunuhan yg Asad ni lakukan mmg byk antaranya PEMBUNUHAN DI TEL ZA’ATAR 1976, PEMBUNUHAN “AKADEMI TENTERA “ 1979, PEMBUUHAN JISR SYAGHUR 1980, PENDERAAN DALAM TAHANAN, PEMBUNUHAN KAMPUNG KANSOROH 1980, PEMBUNUHAN PENJARA PALMYRA 1980,PEMBUNUHAN DAMSYIK 1980 dan byk lg la..berderau darah aku bila terbaca kekejaman yg mereka wat ni sperti penderaan dlm tahanan yg diceriataan seowg mangsa yg telah dilepaskan.. KUMPULAN TENTERA PERTAMA(menyembelih) dan KUMPULAN TENTERA KEDUA (mendera). selain tu tembak beramai – ramai, tembakan rambang ,bom mengebom,. dan dianggarkan hasil siri pembunuhan ni mmg menunnjukkn dah x terkira mangsa yg terbunuh.

Kanak- kanak dan wanita juga turut jd mangsa pembunuhan ni. Apa beza kekejaman rejim yahudi dengan Syria Nusairi??jwpnnya SAMA JE! PERISTIWA HAMA merupakan pembunuhan paling tragis aku kira.
Hama salah sebuah Bandar dlm Syria 210 km dari Damsyik. Dikatakan merupakan kubu Ikhwan Muslimin ketika tu. Salah satu kekejaman rejim Asad ni sperti mangsa Dr. Umar As – Syaishkali (ketua kesatuan doktor) beliau ditangkap dan matanya dicungkil. Manakala seorang petani Ahmed Qassab Besyi pihak tentera menyiksanya dgn mencabut kuku, memotong jari-jarinya dan dia dibunuh. Dan byk lg peristiwa kejam. Berderau darah ak dgr..MasyaAllah :’(

Kembali pula kita kepada Syria Era Pemerintahan BasHar al Assad.Tempias Arab Spring melanda hampir seluruh dunia arab pada tahun 2011 turut dirasai di Syria. Para aktivis kebebasan Syria menyeru rakyat utk turun ke jalan pd 18 Mac selepas revolusi bg membantah kezaliman rejim Bashar dengan dinamakan “Hari Kemarahan Syria” .bagi memulihkan keadaan Bashar memecat Gabenor wilayah tp tindakan nya x dpt effect papepn lg wat rakyat marah. Puncanya disebabkan pada 14 mac 2011 terdapat sekumpulan pelajar menulis dan menconteng perkataan “Rakyat Mahukan Sistem Dijatuhkan” slogan tu sebenarnya telah menakutkan rajim Bashar yg cuba lawan angin perubahan yg melanda negara2 sprti Tunisia, Libya dan Mesir drpd melanda Syria. Bg Bashar tindakan bdk2 tu melanggar undang2 disisi Bashar. Lebih dr 10 Orang kanak yg menulis slogan berikut. Kanak-kanak sekolah ni dipenjara tp lg malang didera dan dicabut kuku kaki dan kuku tangan mereka. So,parents diorang x puas ati pegi jmpe pasukan keselamatan. Tp ketua polis kawasan tersebut Atif Najib mengatakan pd ibubapa mereka,diowg mesti melupakan anak-ank kamu dan anggaplah mereka dan mati atau sekiranya x dapt terima kenyataan ini maka kami boleh menikahi wanita-wanita kamu bg bg mendapatkn anak- anak baru… ak tanya pada korank sume yg membaca blog ni, kurang hajar x??!!

Maka keluarga mereka x puas aty dan bersama- sama penduduk kampong yg prihatin sekitar 1000 orang telah keluar di jalan raya di Hauran pada keesokkn arynya tanggal 15 Mac 2011 dan mengadakan bantahan dan slogan “jatuh!jatuh Atif Najib” mlangya Atif selaku ketua polis wilayah tu melakukan serangan menggunakan helikopter polis melepaskan tembakan rambang kpd rakyat yg menyebabkn 14 orang terbunuh dan mencederakan puluhan yg len. 3 hari pas uw dengan pantas tlh berlakunya demontrasi dan kebangkitan rakyat merebak di seluruh ibu kota. Dari slogan “jatuh Atif Najib” bertukar jd “Jatuh Bashar Al Assad” walaupn beberapa perubahan dah Bashar lakukan tp rakyat ttp x puas aty dan pd 16 april 2011 Bashar muncul dikaca tv wat ucapan rasmi menyakinkn rakyat terhadap janji2 nya tp rakyat masih x endahkn.

Ucapan rasm ketiga pula dibuat pada 19 mac 2011 walaupn angka kematian meningkat lebih 1500 orang.pada 10 januari 2012 ucapan Bashar keempat menuduh anasir-anasir luar Syria sbgai dalang disebalik kekacauan Syria. Bahkan terdpt 60 stesen televisyen dan akhbar menyembunyikan suasana dan berita sebenar di Syria. Setelah 329 hari tercetusnya revolusi anti Bashar,sehingga 6 feb 2012 statistik kematian dicatatkan seramai 7904 orang. 11 feb kemudian statistik baru keluar menyaksikan jumlah kematian meningkat kpd 8206 iaitu meningkat sbyk 302.pada 23 feb 2012 statistik dikeluarkn lg dengan angka kematian 9073. Wilayah Homs mencatatkn kematian plg tinggi. Pada 2 april angka kematian terbaru menyaksikan 12,376 iaitu peningkatan sbyk 2,241. Purata kematian dlm sehari dikatan seramai 100 orang. Tak boleh digambarkan if mnda ni terjadi kt Malaysia kn. Terdapat kisah duka penyembelihan apabila seorang anak berusia 6 tahun meninggal tanpa badan dan bapanya membawa kepala anaknya sambil meratap kezaliman rejim Bashar. Selain tu tentera rejim Bashar menyembelih 64 orang pemuda di Baba ‘Amru seperti menyembelih kambing biri-biri.turut melaporkan kehilangan wanita-wanita yg dikatakan telah diculik dan dibawa dilokasi yg x diketahui.

Lebih menyayat hati sumber Hospital Kebangsaan Wilayah Homs menerima 47 mayat terdapat kesan disembelih pada leher mereka. Tindakan dunia membantu Syria adalah seperti menggantung keanggotaan ngara Syria dalam Liga Arab, dan mcm2 g yg terlalu byk nk dihuraikan. Selain tu bantuan dari Qatar, PBB , Turki, Kuwait, MAHAS, Arab Saudi dan Libya. Manakala yg menyokong rejim Bashar Russia, Israel dan China termasuklah shiah2 lain, Hizbullah dan yg len. Terasa sedih dan terasa bila baca buku ini bila penulis mengatakan “Syria sekarang dah macam Palestin..stp hari ada kematian. Mood membantu Syria agak malap kpd rakyat malaysia yang dibius dengan hiburan melampau. tercatuk dihadapan tv melihat rancangan realiti tv penuh sensasi dan berahi bermula drpd “ idola bintang kecil” sehinggalah “kilauan emas”. Bangsaku mmg pentaksub hiburan mmg no wahid,bangsa Eropah pun menggeleng-geleng kepala melihat KETAKSUBAN BANGSA MELAYU KPD HIBURAN”.

Nasihat penulis pada kita “teruskan membantu dan mendoakan saudara kita di bumi Syria dr sana ada lorongan untuk kita merampas kembali al Aqsa yg kita kehilangannya sejak 64 tahun lampau.” Bagi pendapat aku…sebagai seorang remaja yg dah mmg hampir sgt jd dewasa dan sepatutnya mmg digelar dewasa timbul satu keinsafan. Adakah aku hnya mampu berdiam diri ataupun bangkit!!aku memilih BANGKIT!!WAhai kawan2ku sama2 lah kita berjuang bkn sekadar atas nama Malaysia tp atas nama ISLAM..walaupun kita x sampai ke sana tp hnya berbekalkn doa kpd Allah pn dah mencukupi smbil menderma.

Aku x mahu jdkan aku seorang PEREMPUAN sebagai alasan aku x memandang keadaan yg terjadi kt dunia ni…tidak!!aku bkn perempuan yg lemah yg hanya mampu melihat saudaraku diperlakukan begini!...akhir kata sama2 ak nasihat pada para pembaca, sama sepeti aku nasihat pada diri aku sendiri lupakanlah segalanya ttg hiburan..lupakn kesenangan.ingatlah kiamat makin hampir…assalammualaikum.


Rujukan: Travelog Luka Air Mata Syria

No comments:

Post a Comment